komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
 
Daya tahan kardiovaskular bermaksud  kemampuan tubuh badan individu bekerja dalam masa yang lama. Kemampuan ini berdasarkan kepada keberkesanan jantung, paru-paru  dan saluran darah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan. Aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah senamrobik, ujian berlari 12 minit dan ujian berbasikal 3.2 km. Daya tahan kardiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan aerobik. Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang, ia boleh diambil berdasarkan kadar nadi rehat.
 
sangat cergas >>>>> bawah 50 denyutan seminit
cergas           >>>>> 51 -69 denyutan seminit
sederhana     >>>>> 70 -80 denyutan seminit
tidak cergas  >>>>> lebih daripada 80 denyutan seminit.
 
DAYA TAHAN OTOT
 
Daya tahan otot ialah kemampuan otot mengecut berulang kali dalam jangka masa yang lama.  Contohnya berjalan, berlari atau menaiki tangga. Bagi mengukur daya tahan otot, aktiviti yang boleh dilakukan ialah lompat dekam (untuk mengukur daya tahan otot kaki).
 
KEKUATAN OTOT
 
Kekuatan otot ialah keupayaan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi halangan. Contohnya ketika beradu gusti lengan dengan rakan sebaya. Lengan rakan bertindak sebagai halangan atau daya yang mesti diatasi. Aktiviti tersebut memerlukan kekuatan otot. Aktiviti lain yang berkait rapat dengan kekuatan otot seperti mendagu.
 
KELENTURAN
 
 Kelenturan membantu tubuh badan kita untuk bergerak lancar tanpa merasa kekok. Kelenturan yang baik ialah apabila sendi-sendi boleh bergerak pada jarak yang maksimum. Secara ringkasnya boleh dikatakan tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin. Ini dapat dilihat melalui aktiviti menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan lutut.
 
KOMPOSISI TUBUH BADAN
 
Komposisi tubuh badan berkait dengan kandungan lemak dalam tubuh.  Jika sesorang individu itu aktif dalam kegiatan fizikal, kandungan lemak dalam tubuh badannya akan berkurang. Kandungan lemak yang wajar untuk tubuh badan seseorang perempuan ialah antara 20% hingga 25%. Manakala bagi lelaki antara 12% hingga 17%.
 
KEMAMPUAN MOTOR
 
Kemampuan motor ialah komponen kecergasan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kemahiran. Kemampuan motor melibatkan enam perkara :
 
  • Ketangkasan – kemampuan menukar arah dan kelajuan semasa bergerak
  • Kuasa           – kombinasi kekuatan otot dan kelajuan
  • Kelajuan       – kebolehan badan bergerak ke satu arah dengan cepat
  • Imbangan      – kemampuan mengekalkan tubuh badan dalam keadaan stabil
  • Kordinasi      – keberkesanan dan kesergaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan
  • Masa Tindak Balas/ Reaksi – jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan kerja yang menguntungkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s